Snek Berkhasiat Setiap Hari Untuk Kulit yang Sihat
apakah snek pilihan anda apabila anda terasa nak mengudap?
10 Snek Terbaik
Capsicum/ Bell Pepper
Anda boleh menikmatinya dalam
dua cara iaitu dengan memasak atau secara mentah. Kedua -duanya
mempunyai rasa yang enak. Capsicum mengandungi 100% Vitamin C yang
diperlukan tubuh badan. Selain itu, ia juga mengandungi serat penting
dalam keperluan diet dan Vitamin B6. Paling penting, ia kaya dengan
carotinoids yang mencegah penuaan dan melancarkan peredaran darah. Ini
membantu meremajakan kulit sesorang. Selain menghalang pertumbuhan
jerawat. Capsicum merupakan snek terbaik untuk bagi sesiapa yang impikan
kulit bersih dan bebas cela.
Dark Chocolate
Anda inginkan kulit yang sempurna makanlah dark chocolate. Kandungannya kaya dengan anti -oksida, fatty acid, flavanols yang
menggalakan kulit tampil lebih bercahaya. Tambahan lagi, ia mengelakkan
kulit menjadi kasar dan melindunginya daripada rosak dek pancaran
matahari. Selain itu, ia juga membantu menenangkan arteri-arteri dan
melancarkan peredaran darah dalam badan seterusnya menggalakkan
pertumbuhan kulit yang sihat.*Gunalah serbuk koko atau koko mentah untuk rendah lemak. Bagi yang gemar memakan dark chocolate pilihlah yang mengandungi 80% koko, selebihnya adalah kandungan susu dan gula (pastikan kandungan gula rendah).
Salmon
Amalan memakan ikan
Salmon dikatakan mampu mengelakkan stress, rasa panik yang tidak
menentu, dan tekanan. Salmon mengandungi Vitamin D yang diperlukan oleh
jantung, tulang, usus, dan otak. Ia mencegah daripada berlakunya kanser
usus, mengurangkan rasa panik dan penyakit yang berkaitan dengan tulang.
Selain itu, ikan Salmon juga mengandungi omega 3 fatty acid yang
tinggi yang mana mampu menentang keradangan, mencegah penuaan dan
jeragat. Tambahan lagi, amalan pemakanan ini jika diamalkan dapat
menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan kuat.
Minyak Kelapa
Minyak kelapa mengandungi 90% Saturated Fat.
Selain itu, ia juga mengandungi asid laurik, anti-bakteria, agen anti-
viral yang mana dapat menghapuskan virus, jangkitan, keradangan, dan
jerawat. Tambahan lagi, minyak kelapa mengandungi fatty asid dan Vitamin E yang meningkat lembapan pada kulit, menjadikannya lembut, dan melambatkan penuaan. *Gunalah
minyak kelapa sebagai krim tubuh dan makanlah sekurang-kurangnya 1 sudu
teh minyak kelapa setiap hari. Ia bagus untuk tiroid selain membantu
dalam penurunan berat badan.
Lihat banyakkan kebaikan minyak kelapa ini!
Bayam
Bayam juga tidak kurang hebat
dalam kepelbagaian khasiatnya. Anda wajar ambil sayuran ini setiap hari
untuk kulit yang sihat. ianya kaya dengan, zat besi, folat, klorofil,
Vitamin E, Vitamin A, Vitamin C, Magnesium, Serat, dan Protein Tumbuhan.
Seperti kita sedia maklum, Vitamin A, C, dan E adalah bagus untuk
kulit. Amalan pemakanan sayur jenis ini dapat membersihkan kulit
daripada dalam.
Biji- bijian
Antaranya termasuklah Chia Seeds, Hemp Seeds, Sunflowers Seeds, dan Pumpkin Seeds. Masing -masing mempunyai khasiatnya yang tersendiri.
Pumpkin Seeds dan Sunflowers Seeds - kaya dengan selenium, Vitamin E, Magnesium, dan Protein
yang mana dapat mengurangkan penuaan. Manakala, Vitamin E pula, dapat
memberi lembapan pada kulit. Magnesium pula, mengurangkan paras tekanan
seseorang.
Flax, Chia Seeds, dan Hemp Seeds - mengandungi omega 3 fatty acid yang dikatakan mampu melawan penuaan dan jeragat. Selain kaya dengan protein.
*Boleh dinikmati bersama salad
Betik
Kandungan Fructose yang rendah dapat melancarkan penghadaman. Selain itu, betik juga mengandungi Vitamin C, E, Betacarotene dapat mengurangkan keradangan dan jeragat. Vitamin C menentang kerosakan kulit akibat pancaran matahari.
Lobak Merah
Lobak merah dikatakan bagus
untuk mata dan penglihatan anda. memulihkan kulit yang pecah. Selain
itu, ia juga kaya dengan Vitamin A dan dapat mencegah penghasilan sel
yang berlebihan di bahagian luar lapisan kulit. Mengurangkan sel kanser
kulit.
*Makanlah setengah cawan baby carrots setiap hari untuk kulit yang sihat.
*Elak Junk Foods, makanan yang terlalu banyak kandungan gula, dan makanan yang mengandungi lemak tepu untuk kulit yang cantik.
Teh Hijau
Teh hijau merupakan
sumber yang sarat dengan anti-oksida, asid amino, L -theanineyang
membantu menenang tubuh badan dan mengurangkan tekanan. Selain itu, ia
juga telah dibuktikan sebagi anti - kanser dan anti - radang. Tambahan
lagi, ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.*Amalkan lebih daripada 3 cawan setiap hari dan lihatlah hasilnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.