7 Makanan Terbaik untuk Kulit yang Cantik
HOMEMADE FACE MASK
Lambakan Face Mask di pasaran kini sukar untuk kita kenal pasti yang mana satu yang sesuai dengan kulit kita. Langkah mudah dan selamat mari kita cuba hasilkannya sendiri. Sekurang -kurangnya kita tahu bahan yang kita gunakan khasiatnya.
Strawberi
Strawberi mengandungi Salicylic Acid
yang mampu menghapus dan mencegah jerawat. Hanya beberapa hirisan
strawberi dan biarkan selama beberapa minit di permukaan wajah. Kemudian
bilas dengan air suam amalkan untuk kulit yang lebih berseri.
Epal
Epal juga boleh diguna pakai
dalam penghasilan topeng muka. Epal mengandungi bahan yang mampu
meningkatkan elastin dan kolagen dalam kulit yang mana dapat membantu
kulit kelihatan lebih segar, sihat dan muda. Caranya? Pupurkan epal yang
dilecek ke bahagian muka dan biarkan selama beberapa minit.
Santan
Santan banyak diguna pakai dalam pelbagai jenis masakan khasnya dalam masyakat Melayu. Tahukah kita bahawa santan mengandungi fatty acid
yang padat yang dapat menbantu kulit kelihatan lebih segar, lembut dan
berseri. Paling penting ia tidak menyebabkan kulit berminyak dan
melekit!.
Avokado
Selain rasa yang lazat avokado kaya dengan kandungan fatty acid
yang mampu mengekalkan hidrasi kulit dan menjadikanya lebih sihat.
hanya belah kepada dua bahagian dan biarkan selama beberapa minit pada
permukaan kulit.
Kuning Telur
Kamu jelas bahawa putih telur
adalah paling penting untuk dimakan. Namun, kuning telur juga tidak
kurang hebat khasiatnya. Tahukah anda? kuning telur mampu membersihkan
pori -pori yang tersumbat pada kulit wajah dan menjadikannya lebih
sihat. kuning telur juga kaya dengan sumber retanol yang mampu mengawal
kulit berminyak dan menghapuskan bakteria pada kulit.
Gula
Gula adalah bahan scrub
yang terbaik berbanding dengan jenama lain yang terdapat di pasaran.
Jangan gunakan gunakan gula sahaja! Tambahlah minyak zaitun sbelum
menggunakannya. Scrub ini juga bagus digunakan ke seluruh tubuh badan.
Betik
Betik mengandungi enzyme,
papain, meningkatkan pertumbuhan kolagen, dan membuang sel kulit mati.
Seterusnya menghasilkan kulit yang lembut, sihat, dan berseri. Jika
tiada buah betik bolehlah gunakan nanas sebagai ganti.
Selamat mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.