Rabu, 21 Mei 2014

Rahsia Kulit Bersih dan Cantik!

Rahsia Kulit Bersih dan Cantik!

 Pengiklanan yang berkesan ialah berjaya membuatkan pengguna percaya bahawa produk penjagaan muka mereka adalah yang terbaik untuk kulit yang berseri, sihat dan cantik. Tapi tahukah kita bahawa sebenarnya pemilihan pemakanan yang tepat dan berkhasiat penting untuk mendapatkan kulit yang cantik. Terdapat beberapa jenis buah -buahan yang bermanfaat untuk mencapai matlamat anda. Jadi, mulalah menambahkan buah buahan ini dalam senarai pembelian barangan keperluan harian anda sebagai rawatan kecantikan anda. 

 

 

 

 

Avocado

 

 

Ya! Ini adalah salah satu buah berkhasiat yang dimaksudkan. Ianya padat dengan monounsaturated fats iaitu lemak yang bagus untuk tubuh badan dan telah dibuktikan mampu mengurangkan penyakit jantung dan strok. Antara khasiat lain termasuklah mampu mengekalkan kelembapan pada kulit. Kandungan Omega -9 di dalamnya juga dikatakan mampu menjadikan tona kulit lebih sekata, memperkaiki tekstur kulit, mencegah kemerahan dan iritasi pada kulit. Jika kamu menghadapi masalah kuku dan rambut yang kering ketahuilah kandungan biotin yang terkandung dalam buahan jenis ini mampu mengatasinya. Selain itu, buahan ini juga kaya dengan antioksida dan nutrien yang baik untuk kulit. Tiada alasan untuk anda untuk menolak buahan ini!

Betik

 

 

Betik adalah antara buah yang kaya dengan vitamin A, C dan E juga kaya dengan kandungan anti-oksida. Ini bermakna ia mampu membantu untuk membuang toksin. Secara semula jadinya ia memngandungi AHA ( Alpha - Hydroxy Acids ). Justeru, ia mampu menjadikan kulit anda lebih lembap dan cerah. Kandungan asid di dalammnya juga dikatakan mampu menghilangkan cela pada kulit.

Pisang

 

 

Pisang dikatakan mengandungi 75% air. Amalkanlah untuk kekal lembap sambil menyerap vitamin C dan B6 yang terkandung di dalamnya untuk mengekalkan keanjalan kulit. Boleh juga dijadikan sebagai pelembap dengan membelah kepada beberapa bahagian pisang yang ranum. *Proses ini mengambil masa selama 20 - 25 minit sebelum dibilas bersih. Anda akan dapat rasakan kulit anda lebih lembut dan halus. Jika anda mahu ekstrak khasiat yang lebih, cubalah merebus kulit pisang selama 10 minit dan minum apabila air rebusan tadi sejuk atau kisar kulit pisang dan minum dan minum sebagai jus. *Kulit pisang kaya dengan serotonin oleh penyelidik di Taiwan.

Lemon

 

 

Anda ingin kulit yang bersih, sihat dan cantik. Lemon haruslah sentiasa ada dalam senarai barang keperluan yang ingin dibeli. Lemon terbukti mencerah dan memudarkan bintik hitam pada kulit serta memperbaiki kulit tidak sekata. Ia juga boleh digunakan sebagai tonik muka bagi individu yang menghadapi masalah kulit berminyak. Jika kamu mempunyai masalah jeragat lemon adalah pilihan terbaik. Tambahan lagi, Lemon yang dijadikan sebagai jus juga mampu mengurangkan toksin dalam saluran darah.

Oren

 


 

Semua orang tahu oren adalah buah yang kaya dengan Vitamin C. Penting untuk anda ketahui bahawa kesemua nutrien itu terletak pada kulitnya yang tebal itu. Jadi, dengan menghiris halus dan mencapurkannya ke dalam salad anda adalah antara cara yang terbaik untuk menikmatinya. Kandungan antioksida di dalamnya juga mampu menentang radikal bebas yang boleh menyebabkan kulit berkedut dan rosak.

Strawberi 

 

 

Kandungan Vitamin C yang terkandung di dalam buah strawberi mampu memperbaiki kulit wajah dan anti - inflamasi. Selain itu, ia juga kaya dengan AHA yag mampu merawat jeragat. Anda boleh  mengekstrak jus dan campurkan dengan air mawar. Kemudian boleh dijadikan sebagai toner. Kandungan ellagic acids di dalamnya dikatakan mampu menghalang sinaran ultraungu daripada merosakkan kulit anda.

Ceri

 

 

Tahukah anda semakin gelap warna buah ceri itu semakin banyak khasiat yang terkandung di dalamnya. Ceri adalah buah yang paling tinggi kandungan antioksida yang mampu melawan radikal bebas. Para pengkaji pengkaji Michigan State University mencadangkan minum segelas jus ceri untuk melawan penuaan. Kamu inginkan kulit yang tegang bukan? Amalkanlah sekarang!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.