7 Langkah Kulit Sempurna secara Semulajadi
Kulit yang sempurna boleh jadi satu cabaran yang besar untuk kita capai, tapi ianya tidak mustahil. Terdapat beberapa langkah untuk kulit yang sihat dan sempurna tanpa perlu berbelanja besar ke atas produk di pasaran yang belum tentu berhasil.
Tips
Tea Tree Oil
Gunalah tea tree oil ia bagus
untuk rambut dan kulit wajah. Kandungannya yang anti -kulat dan anti
-bakteria membantu menyegarkan kulit.
Lemon
Jika di rumah kamu tiada tea tree oil, lemon adalah pengganti terbaik. Saya pasti di setiap rumah wajib ada bahan ini di dalam peti sejuk kan? jus lemon
juga sangat membantu dalam menghasilkan kulit yang sempurna secara
semula jadi dan pantas. Seperti yang kita sedia maklum, lemon
mengandungi asid sitrik yang sangat membantu mencegah jerawat. Jika kamu
mempunyai kulit yang berjerawat bolehlah sapukan jus lemon ke wajah
anda, anda pasti dapat lihat hasilnya. *Tambahkan beberapa sudu teh air untuk mengurangkan kadar asid yang terkandung dalam jus tersebut.
Ais
Kamu
kulit yang berjerawat dan gemar memicit jerawat. Memicit jerawat
bukanlah langkah yang bijak untuk menyahkan jerawat tersebut daripada
wajah anda sebaliknya memburukkan lagi keadaan kerana akan merosakkan
kulit dan meninggalkan parut. Jadi daripada memicit jerawat baiklah anda
gunakan ais untuk mengurangkan kemerahan. Langkah ini bukan sahaja
dapat mengurangkan kemerahan bahkan membantu memulihkan kulit anda.
Aloe Vera / Lidah Buaya
Aloe vera kaya dengan anti -bakteria dan anti inflammatory
secara semulajadi. Aloe vera juga mampu memulihkan kulit yang terbakar
dek cahaya matahari. Namun saya sarankan gunalah yang asli atau semula
jadi, kerana aloe vera yang di jual di pasaran tidak semula jadi.
"Memang tidak dinafikan produk di pasaran dapat memberi perubahan...
memang terdapat perubahan selepas penggunaannya. Tapi..."PERUBAHAN TANG DUIT LA"
memang terdapat perubahan selepas penggunaannya. Tapi..."PERUBAHAN TANG DUIT LA"
It's just waste of money!
Makan makanan yang berkhasiat
Elak junk foods, kerana kandungan yang terkandung dalam makanan ini sangat tidak bagus untuk kesihatan anda.
Air
Minumlah air yang mencukupi. Selain memberi lembapan pada kulit ia turut membantu dalam penyingkiran toksik dalam tubuh badan.
Garam dan Air
Sapulah
air garam ini ke wajah dengan menggunakan kapas muka bagi bakteria dan
kotoran muncul pada wajah anda. Juga membantu mengurangkan jerawat!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.