Rahsia Gigi Putih Berseri
Tips
Arang
Apa yang perlu dibuat ? tumbuk arang sehingga menjadi serpihan yang halus kemudian lumurkan pada gigi dengan cara menggosok. seterusnya, kumur dengan air dan barulah gosok gigi dengan menggunakan ubat gigi (colgate). Mudah kan dan paling penting jimat.
Strawberi
Strawberi juga membantu
untuk gigi yang putih. Caranya mudah je, belah buah strawberi kepada dua
bahagian dan gosok pada permukaan gigi. Setelah selesai menggosok
berkumurlah dengan air. Hal ini kerana, buah strawberi mengandungi asik
lamik yang boleh merosakkan gigi.
Baking soda
Baking soda juga
antara solusi yang paling jimat dah mudah. caranya? ambil satu sudu teh
baking soda dan campurkan dengan perahan lemon / limau nipis kemudian
gaulkan sehingga menjadi seakan-akan ubat gigi (biasanya apabila perahan
lemon yang dicampurkan dengan baking soda akan kelihatan berbuih-buih, tunggu sehingga ia berhenti berbuih). Ambil campuran tadi dan gosoklah seperti biasa. *Cara ini hanya boleh dilakukan dalam seminggu sekali sahaja!.
Beruslah gigi anda
Beruslah gigi anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari (waktu pagi dan malam). Sebaiknya, anda digalakkan untuk menggosok gigi pada waktu pagi dan malam sahaja. Elakkan menggosok gigi sebaik sahaja anda selesai menjamu selera. Hal ini kerana, pada ketika ini gigi anda berada dalam keadaan yang lemah dan menggosok hanya akan merosakkan gigi anda. Sebaiknya, berkumurlah. *Cara memberus juga memainkan peranan yang penting! ( arah membulat ).Dental Floss
Gunalah dental floss setiap kali sebelum memberus gigi. Dental floss
menbantu memudahkan florida masuk di celah -celah gigi dengan lebih
pantas. Seterusnya dapat melindungi gigi anda. Proses ini hendaklah
dilakukan dengan berhati -hati ( jangan terlalu memaksa ) kerana ia mugkin boleh melukakan gusi anda. *Memberus sahaja tidak akan membantu untuk membuang kotoran di celah-celah gigi!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.