MASALAH KAKI BERBAU MENGHANTUI ANDA?
Kenal pasti PUNCA dan SOLUSI bagi permasalahan ini
Setiap orang mempunyai hormon yang berbeza. Hormon yang tidak stabil
menggalakkan pengeluran peluh. Terdapat beberapa faktor penggalak kepada
pengeluran peluh atau lembapan yang berlebihan di dalam badan seseorang
antaranya termasuklah, tekanan (stress), demam dan faktor genetik.
Kaki
adalah tempat pembiakan bakteria yang banyak berbanding anggota badan
yang lain. Apabila bakteria atau mikrob yang terdapat pada bahagian
kulit ( epedermis ) dan peluh bercampur ia akan menyebabkan bau yang
kurang menyenangkan.
Kaki merupakan anggota badan badan yang paling banyak berkerja. Oleh itu, penjagaan kaki sepatutnya tidak diabaikan malahan perlu diberikan perhatian dan penjagaan yang rapi.
Luangkanlah sedikit masa untuk memanjakan kaki anda!
Kaki merupakan anggota badan badan yang paling banyak berkerja. Oleh itu, penjagaan kaki sepatutnya tidak diabaikan malahan perlu diberikan perhatian dan penjagaan yang rapi.
Luangkanlah sedikit masa untuk memanjakan kaki anda!
Tips
Air, garam dan limau nipis
Caranya?
Ambil Air suam, garam, dan perahan limau nipis. Satukan bahan ini dan
rendamkan kaki anda selama 5 -10 minit. (2 -3 kali seminggu inshaAllah
masalah kaki berbau dapat diatasi. *Boleh buat sendiri di rumah tanpa
perlu ke spa.
Guna stoking yang menyerap peluh
Gunalah stoking yang diperbuat 100 % daripada kain kapas. Ia dapat membantu menyerap lembapan pada kaki.
Bedak anti -bakteria
Amalkan memakai bedak anti -bakteria pada kaki sebelum memakai stoking.
Cuci alas kaki
Alas
kaki yang terdapat pada kasut yang sudah lama tidak dibasuhkan akan menjadi
sarang bakteria dan apabila bercampur dengan lembapan atau peluh pada
tapak kaki akan menyebabkan bau yang kurang menyenangkan.
![]() | ||||||
...bagi penggemar stilettos, wedges, loafers, ballerinas
atau sebagainya yang mana alas kaki tidak boleh ditanggalkan bolehlah
dengan sekadar mengelap sahaja bahagian alas kaki tersebut.
Penyegar kaki
Penyegar kaki juga boleh digunakan. Anda boleh dapatkannya di mana -mana farmasi atau kedai khusus untuk penjagaan diri.
Scrub kaki
Sesekali bersihkanlah tumit kaki anda dengan menggunakan scrub
kaki. Proses ini dapat membantu membuang sel kulit mati pada tapak
kaki. Seminggu sekali sudah memadai bagi mengekalkan tumit yang lembut
dan halus.

kan cantik kalau macam ni...
*Perlu diingat penjagaan kaki sangatlah penting dan tidak sepatutnya diabaikan.








Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.