7 Petua Mata Lebih Segar dan Bermaya - Home Remedies
Mata merupakan kawasan yang sensitif dan memerlukan penjagaan setiap hari. Tahukah anda? Selain penampilan yang menarik, wajah adalah bahagian yang sering menjadi tumpuan orang di sekeliling anda. Mata yang lesu, kusam dan tidak bermaya bukanlah sesuatu yang menarik untuk dilihat, betul tak? Jangan risau! Terdapat 7 cara yang mudah untuk mengatasinya.
Jom Cuba!
Timun
Semua orang tahu timun mampu
mengurangkan bengkak pada mata. Biarkan selama lebih kurang 15 minit di
sekitar mata sebelum dibilas dengan air.
Teh
Caranya? Jerang air dan masukkanlah uncang teh ( hanya sedikit air sahaja -sekadar untuk membasahkan uncang teh )*gula TIDAK PERLU!. Masukkan ke dalam peti sejuk seketika. Apabila sejuk barulah letakkan pada kelopak mata anda. * Kandungan Kaffein dalam teh mampu mengurangkan bengkak pada mata selain mengurangkan garis - garis halus dan kedut.
Kentang
Percaya atau tidak kentang sangat bagus untuk mata anda. Ia mengandungi sejenis enzim yang disebut, catecholase
yang membantu mencerahkan dan mengurangkan gegelang hitam pada mata
yang menyebabkan mata anda kelihatan bengkak dan kusam. Kamu boleh
gunakan sama ada hirisan kentang atau dibuat sebagai puri untuk
digunakan pada mata anda. *puri lebih efektif berbanding hirisan kentang. Rasa sejuk pada kentang mampu mengurangkan bengkak pada mata. Cara ini mengambil masa lebih kurang 30 minit.
Daun Mint
Beberapa helai daun mint
dan ditumbuk sehingga lumat. Astringent semula jadi yang terkandung
dalam daun ini dikatakan mampu mengurangkan bengkak dan gegelang hitam
pada mata. Campurkan bersama madu atau minyak zaitun untuk mengahasilkan
paste. Tambahan lagi, Madu mempunyai kelebihannya yang tersendiri iaitu dapat mengurangkan jeragat. *Cara ini hanya mengambil masa 5 minit sahaja - sesuai untuk individu yang sibuk bekerja!
Air Mawar
Ros banyak digunakan
dalam produk kecantikan kerana khasiatnya yang anti inflamasi, dan
mengandungi vitamin A, dan C yang bermanfaat kepada kulit. Caranya?
Panaskan air yang secukupnya dan masukkan kelopak bunga mawar/ ros.
Biarkan sehingga ia menggelegak dan masak dalam periuk yang bertutup
sehingga kelopak bunga hilang warnanya. Biarkan ia seketika sebelum
digunakan. *Rendamkan bebola kapas atau kapas muka dalam air mawar yang telah sejuk, kemudian letakkan di sekitar mata selama 10 minit.
Air Garam
Cara ini adalah yang
paling mudah dan murah. Masukkan setengah sudu teh ke dalam air suam.
Ambil bebola kapas atau kapas muka kemudian letakkan pada kawsan sekitar
mata sekurang-kurangnya selama 10 minit. *Anda boleh pilih untuk lanjutkan tempoh rawatan tapi tukarlah kapas muka yang baru!
Strawberi
Kandungan Alpha - Hydroxy Acid
dikatakan mampu melambatkan kesan penuaan dan mengurangkan bengkak pada
mata. Ambil sebiji buah strawberi dan hiris kepada
beberapa hirisan dan letakkan di sekitar mata. Biarkan selama beberapa
minit. Ia dapat membantu memulihkan bengkak pada mata.
Selamat mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.