Jumaat, 23 Mei 2014

Baking Soda untuk Cantik

 Baking Soda untuk Cantik

Kegunaan Baking Soda dalam Kecantikan

Baking Soda? Baking soda bukan sahaja digunakan untuk membuat kek atau biskut sahaja malahan ia boleh dijadikan sebagai agen pemutih pakaian, atau menyahbau pakaian dan permaidani. 6 kegunaan baking soda untuk mengubah penampilan anda.

 

 

Agen pengelupasan

 



Emma Stone berkongsi rahsia kecantikannya kepada Elle bahawa dia menggunakan baking soda untuk membuang sel kulit mati pada wajahnya. *Anda juga boleh menambahkan jus lemon. Ia membantu untuk mensekatakan warna kulit dan menjadikannya lebih lembut.

Pemutih gigi

Banyak pengeluar ubat gigi menggunakan baking soda dan proxide untuk menghasilkan formula pemutihan gigi. Tanpa peroxide pun tidak mengapa. Baking soda sahaja pun sudah memadai untuk mencapai matlamat anda. Hanya campurkan sedikit air dan gunakannya sebagai ubat gigi. Penggunaan yang kerap boleh merosakkan enamel anda, seminggu sekali sudah memadai untuk membuang plak dan kotoran pada gigi.

Nafas lebih segar

 

 

Nafas lebih segar mampu meningkatkan keyakinan diri anda!. Justeru, kebersihan mulut jangan sesakali diabaikan. Ambil 1 sudu teh baking soda dan campurkan ke dalam setengah gelas air untuk dijadikan sebagai bahan kumur untuk mulut yang lebih bersih dan nafas yang segar. 

Kulit lebih lembut

Hanya campurkan sedikit air dan sabun, ia mampu membersih dan melembutkan tangan anda. Baking soda juga mampu meneutalkan bau pada tangan anda yang anda perolehi semasa menyediakan makanan.



Pembersih rambut

Guna baking soda untuk memmbersih sisa kotoran yang melekat pada kulit kepala. Sebulan sekali sudah memadai untuk rambut yang lembut dan bersinar. Tetapi awas! baking soda mempunyai kadar pH yang tinggi, gunalah perapi yang mempunyai kadar pH yang rendah selepas membuat rawatan ini. 



Badan 

Setengah cawan dan campurkan ke dalam tab mandi anda. Berendamlah seketika ia mampu meneutralkan asid pada kulit, membuang minyak pada tubuh, dan menyahbau badan. Hasilnya, kulit anda lebih lembut dan berseri. Baking soda sama bagusnya dengan garam mandian yang berkualiti tinggi di pasaran.





Selamat mencuba!

Rabu, 21 Mei 2014

Bibir Merah Secara Semula Jadi

Bibir Merah Secara Semula Jadi

 Mahukan bibir merah secara semula jadi? Cubalah langkah mudah ini...tidak salah kalau mencuba lagipun kosnya bukannya mahal pun cuma memerlukan sedikit kerajinan!

 

 

 

Jom Cuba!




Dua bahan sahaja yang diperlukan! Semuanya ada di rumah...

Gula Perang / Brown Sugar

Madu / Honey

 



Caranya?

Ambil satu sudu teh gula perang dan madu ( satu sudu teh ). Satukan dua bahan tersebut dan gaul sehingga rata. Kemudian gosok arah membulat pada bibir anda perlahan-lahan. *Seminggu sekali sudah memadai.








Selamat Mencuba!

7 Petua Mata Lebih Segar dan Bermaya

7 Petua Mata Lebih Segar dan Bermaya - Home Remedies

Mata merupakan kawasan yang sensitif dan memerlukan penjagaan setiap hari. Tahukah anda? Selain penampilan yang menarik, wajah adalah bahagian yang sering menjadi tumpuan orang di sekeliling anda. Mata yang lesu, kusam dan tidak bermaya bukanlah sesuatu yang menarik untuk dilihat, betul tak? Jangan risau! Terdapat 7 cara yang mudah untuk mengatasinya.

 

 

 

 

Jom Cuba!

 

 

Timun

Semua orang tahu timun mampu mengurangkan bengkak pada mata. Biarkan selama lebih kurang 15 minit di sekitar mata sebelum dibilas dengan air.



Teh

Caranya? Jerang air dan masukkanlah uncang teh ( hanya sedikit air sahaja -sekadar untuk membasahkan uncang teh )*gula TIDAK PERLU!. Masukkan ke dalam peti sejuk seketika. Apabila sejuk barulah letakkan pada kelopak mata anda. * Kandungan Kaffein dalam teh mampu mengurangkan bengkak pada mata selain mengurangkan garis - garis halus dan kedut. 




Kentang

Percaya atau tidak kentang sangat bagus untuk mata anda. Ia mengandungi sejenis enzim yang disebut, catecholase yang membantu mencerahkan dan mengurangkan gegelang hitam pada mata yang menyebabkan mata anda kelihatan bengkak dan kusam. Kamu boleh gunakan sama ada hirisan kentang atau dibuat sebagai puri untuk digunakan pada mata anda. *puri lebih efektif berbanding hirisan kentang. Rasa sejuk pada kentang mampu mengurangkan bengkak pada mata. Cara ini mengambil masa lebih kurang 30 minit. 



Daun Mint

Beberapa helai daun mint dan ditumbuk sehingga lumat. Astringent semula jadi yang terkandung dalam daun ini dikatakan mampu mengurangkan bengkak dan gegelang hitam pada mata. Campurkan bersama madu atau minyak zaitun untuk mengahasilkan paste. Tambahan lagi, Madu mempunyai kelebihannya yang tersendiri iaitu dapat mengurangkan jeragat. *Cara ini hanya mengambil masa 5 minit sahaja - sesuai untuk individu yang sibuk bekerja!



Air Mawar 

Ros banyak digunakan dalam produk kecantikan kerana khasiatnya yang anti inflamasi, dan mengandungi vitamin A, dan C yang bermanfaat kepada kulit. Caranya? Panaskan air yang secukupnya dan masukkan kelopak bunga mawar/ ros. Biarkan sehingga ia menggelegak dan masak dalam periuk yang bertutup sehingga kelopak bunga hilang warnanya. Biarkan ia seketika sebelum digunakan. *Rendamkan bebola kapas atau kapas muka dalam air mawar yang telah sejuk, kemudian letakkan di sekitar mata selama 10 minit.



Air Garam 

Cara ini adalah yang paling mudah dan murah. Masukkan setengah sudu teh ke dalam air suam. Ambil bebola kapas atau kapas muka kemudian letakkan pada kawsan sekitar mata sekurang-kurangnya selama 10 minit. *Anda boleh pilih untuk lanjutkan tempoh rawatan tapi tukarlah kapas muka yang baru!



Strawberi

Kandungan Alpha - Hydroxy Acid dikatakan mampu melambatkan kesan penuaan dan mengurangkan bengkak pada mata. Ambil sebiji buah strawberi dan hiris kepada beberapa hirisan dan letakkan di sekitar mata. Biarkan selama beberapa minit. Ia dapat membantu memulihkan bengkak pada mata.








Selamat mencuba!

Rambut yang Lembut dan Cantik

Rambut yang Lembut dan Cantik

 

RAMBUT ITU MAHKOTA KITA

 

 

 

Pengabaian penjagaan yang rapi terhadap rambut anda akan menyebabkan ia menjadi kusam, kasar dan rosak! Sudah pasti andah tidak mahu itu terjadi betul tak? Jadi rajin -rajinlah cuci rambut anda. Sekali sekala buatlah rawatan rambut di rumah. Tak salah rasanya jika luangkan sedikit masa untuk memanjakan rambut anda! 


Apa yang anda perlukan ?

Pisang 
Minyak Zaitun
Hair Straightener

   

 

Caranya?

Lecekkan pisang bersama 2 - 3 sudu minyak zaitun sehingga lumat. selepas itu, sapukan pada rambut anda. Pakai shower cap dan biarkan selama 20 minit. Kemudian, bilas rambut anda sehingga bersih dengan menggunakan shampu. Seterusnya, keringkan. Langkah akhir, gunakan hair straightener untuk merapikan rambut anda. Percayalah, anda pasti dapat lihat kesannya.


Penjagaan yang konsisten penting untuk rambut yang sihat dan cantik.

 

Petua Rambut Lebih Kuat dan Lebat

Petua Rambut Lebih Kuat dan Lebat

Anda impikan rambut yang sihat, kuat, dan lebat? Cubalah petua ini. Mudah dan berkesan. Sekarang terdapat banyak produk melebatkan rambut, sebut je jenama apa...bersusun. Saya sarankan baiklah anda cuba hasilkannya sendiri di rumah. Setidak -tidaknya kita tahu apa bahan yang kita gunakan. 

 

 


 

Bahannya tak banyak mana pun cuma Bunga Raya ( Hibiscus ) sahaja!





Caranya?

  Tumbuk beberapa kuntum bunga raya sehingga lumat...
...berlendir bukan? sapukan lendir tersebut ke kulit kepala
biarkan selama 20 - 25 minit sebelum dibilas bersih
*Amalkan selalu untuk rambut yang kuat, sihat dan lebat.

Bawah Lengan Lebih Putih

Bawah Lengan Lebih Putih

Ayat ni memang kerap kita dengar dekat kaca TV

"Mencabut dan memcukur rambut bawah lengan anda boleh menyebabkan ia luka dan gelap!"

Anda banyak berhabis duit dengan membeli produk -produk di pasaran untuk menyelesaikan masalah anda. Tetapi, adakah ia berkesan ? Berdasarkan pengalaman saya terhadap 2 produk di pasaran ni, saya boleh cakap ianya tak membantu pun. Money back guarentee? katanya...

 

Jom Cuba!

 

Bahan -bahan yang diperlukan cuma:
Limau nipis 
Kapur Sirih






Caranya?


Ambil kapur sirih dan campurkan dengan perahan limau nipis. kemudian, sapukan pada bawah lengan anda. Amalkan selalu sehingga nampak kesannya. *campurkan sedikit air untuk mengurangkan keasidan dalam limau nipis. 


Selamat Mencuba!


Petua Hilangkan Rambut Bawah Lengan

Petua Hilangkan Rambut Bawah Lengan 

Rambut bawah lengan pastinya merimaskan anda. Mencukur rambut bawah lengan setiap hari? Tidakkah anda rasa ia meletihkan. Rawatan laser ? Memang tidak dinafikan keberkesanannya tapi untuk melakukannya ia juga melibatkan kos yang agak tinggi. Wax ? Awww...sangat menyakitkan. 

 


 

Jom cuba petua ni!

Bahan yang diperlukan :
Kapur makan/ sirih
Halia





Caranya ?

Lumurkan kapur sirih ke bahagian bawah lengan dan biarkan selama 1 - 2 minit
Cabut rambut bawah lengan dan bersihkannya
Ambil halia yang telah disapukan dengan kapur sirih
...kemudian. gosok pada bawah lengan anda
Akhir sekali, bilas bawah lengan anda sehingga bersih.






Selamat Mencuba!

Tips dan Petua Perut Kempis

 Tips dan Petua Perut Kempis

Perut yang kempis memang menjadi idaman semua wanita. Mudah sahaja! 


Tips 

Jaga pemakanan anda 

Makanlah makanan yang berkhasiat. Ambil makanan yang diperlukan oleh tubuh badan sahaja (kira kalori dalam setiap makanan yang diambil). Makan kudapan atau snek (junk food) sambil menonton movie kegemaran anda adalah satu tabiat yang perlu diubah. Sebenarnya, anda tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk menonton TV. Jadi, tabiat ini haruslah dihentikan. Jangan makan ikut nafsu!. *Ingat makan untuk hidup bukan hidup untuk makan!.




Senaman 

Sesekali berkunjunglah ke gimnasium untuk mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar tentang cara senaman yang betul. Cara bersenam yang salah mungkin boleh mencederakan otot anda!.





 Petua

 

Amalkan minum segelas air masak atau air mineral sebelum mandi. Lama kelamaan anda akan lihat hasilnya.





*Amalan gaya hidup sihat penting untuk tampil lebih sihat dan bertenaga.

Kurangkan Bau dan Hitam Bawah Lengan

Kurangkan Bau dan Hitam Bawah Lengan

Kecantikan bukan sahaja berfokus pada wajah sahaja, bahkan seluruh anggota badan kita. Sebagai seorang wanita...agak kurang manis jika anda mempunyai masalah "HITAM BAWAH LENGAN"

Adakah anda mengalami masalah hitam bawah lengan dan telah pun mencuba pelbagai produk di pasaran tetapi masih tidak membantu.  

Stop wasting your money!

 

Tips

Limau nipis/ Lime dan garam

Caranya? ambil sebiji limau nipis dan belah kepada dua bahagian. Campurkan perahan  limau nipis bersama garam dan lumurkan. Kemudian gunakan limau nipis yang bercampur garam dengan cara menyental bahagian bawah lengan.*Lakukan 2-3 kali seminggu inshaAllah berkesan.





Selamat mencuba!

Atasi Kaki Berbau

MASALAH KAKI BERBAU MENGHANTUI ANDA?

Kenal pasti PUNCA dan SOLUSI bagi permasalahan ini 

Setiap orang mempunyai hormon yang berbeza. Hormon yang tidak stabil menggalakkan pengeluran peluh. Terdapat beberapa faktor penggalak kepada pengeluran peluh atau lembapan yang berlebihan di dalam badan seseorang antaranya termasuklah, tekanan (stress), demam dan faktor genetik. 
Kaki adalah tempat pembiakan bakteria yang banyak berbanding anggota badan yang lain. Apabila bakteria atau mikrob yang terdapat pada bahagian kulit ( epedermis ) dan peluh bercampur ia akan menyebabkan bau yang kurang menyenangkan.

Kaki merupakan anggota badan badan yang paling banyak berkerja. Oleh itu, penjagaan kaki sepatutnya tidak diabaikan malahan perlu diberikan perhatian dan penjagaan yang rapi.

Luangkanlah sedikit masa untuk memanjakan kaki anda!



 

Tips

 

Air, garam dan limau nipis

Caranya? Ambil Air suam, garam, dan perahan limau nipis. Satukan bahan ini dan rendamkan kaki anda selama 5 -10 minit. (2 -3 kali seminggu inshaAllah masalah kaki berbau dapat diatasi. *Boleh buat sendiri di rumah tanpa perlu ke spa. 




Guna stoking yang menyerap peluh

Gunalah stoking yang diperbuat 100 % daripada kain kapas. Ia dapat membantu menyerap lembapan pada kaki. 




Bedak anti -bakteria

Amalkan memakai bedak anti -bakteria pada kaki sebelum memakai stoking. 


 

Cuci alas kaki

Alas kaki yang terdapat pada kasut yang sudah lama tidak dibasuhkan akan menjadi sarang bakteria dan apabila bercampur dengan lembapan atau peluh pada tapak kaki akan menyebabkan bau yang kurang menyenangkan.










...bagi penggemar stilettos, wedges, loafers, ballerinas atau sebagainya yang mana alas kaki tidak boleh ditanggalkan bolehlah dengan sekadar mengelap sahaja bahagian alas kaki tersebut. 






Penyegar kaki

Penyegar kaki juga boleh digunakan. Anda boleh dapatkannya di mana -mana farmasi atau kedai khusus untuk penjagaan diri. 




Scrub kaki 

Sesekali bersihkanlah tumit kaki anda dengan menggunakan scrub kaki. Proses ini dapat membantu membuang sel kulit mati pada tapak kaki. Seminggu sekali sudah memadai bagi mengekalkan tumit yang lembut dan halus.







kan cantik kalau macam ni...

*Perlu diingat penjagaan kaki sangatlah penting dan tidak sepatutnya diabaikan.

Rahsia Gigi Putih Berseri

Rahsia Gigi Putih Berseri

Tips  

 

Arang

Apa yang perlu dibuat ? tumbuk arang sehingga menjadi serpihan yang halus kemudian lumurkan pada gigi dengan cara menggosok. seterusnya, kumur dengan air dan barulah gosok gigi dengan menggunakan ubat gigi (colgate). Mudah kan dan paling penting jimat.



Strawberi

Strawberi juga membantu untuk gigi yang putih. Caranya mudah je, belah buah strawberi kepada dua bahagian dan gosok pada permukaan gigi. Setelah selesai menggosok berkumurlah dengan air. Hal ini kerana, buah strawberi mengandungi asik lamik yang boleh merosakkan gigi.

 

Baking soda

Baking soda juga antara solusi yang paling jimat dah mudah. caranya? ambil satu sudu teh baking soda dan campurkan dengan perahan lemon / limau nipis kemudian gaulkan sehingga menjadi seakan-akan ubat gigi (biasanya apabila perahan lemon yang dicampurkan dengan baking soda akan kelihatan berbuih-buih, tunggu sehingga ia berhenti berbuih). Ambil campuran tadi dan gosoklah seperti biasa. *Cara ini hanya boleh dilakukan dalam seminggu sekali sahaja!.

 

Beruslah gigi anda

Beruslah gigi anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari (waktu pagi dan malam). Sebaiknya, anda digalakkan untuk menggosok gigi pada waktu pagi dan malam sahaja. Elakkan menggosok gigi sebaik sahaja anda selesai menjamu selera. Hal ini kerana, pada ketika ini gigi anda berada dalam keadaan yang lemah dan menggosok hanya akan merosakkan gigi anda. Sebaiknya, berkumurlah. *Cara memberus juga memainkan peranan yang penting!  ( arah membulat ).



Dental Floss

Gunalah dental floss setiap kali sebelum memberus gigi. Dental floss menbantu memudahkan florida masuk di celah -celah gigi dengan lebih pantas. Seterusnya dapat melindungi gigi anda. Proses ini hendaklah dilakukan dengan berhati -hati ( jangan terlalu memaksa ) kerana ia mugkin boleh melukakan gusi anda. *Memberus sahaja tidak akan membantu untuk membuang kotoran di celah-celah gigi!. 


 

Temu janji 

Buatlah temu janji dengan doktor gigi sekurang - kurangnya 6 bulan sekali untuk membuat pemeriksaan pada gigi anda dan mintalah tips penjagaan gigi yang betul. 



6 Kebaikan ''Lemak Sihat" Monounsaturated Fats

6 Kebaikan ''Lemak Sihat" Monounsaturated Fats

Monounsaturated fats ( MUFA) adalah lemak yang bagus untuk tubuh badan. Sumber yang mengandungi lemak jenis ini antaranya termasuklah minyak zaitun, avokado, dan kekacang. 

 

 

Berdasarkan penyelidikan oleh pengkaji monounsaturated fats ini individu yang mengamalkan memakan makanan yang mengandungi MUFA mempunyai kesihatan yang sangat baik. Antara faedah kesihatan tersebut termasuklah:

 

 

Kurangnya risiko mendapat Kanser Payudara  

 



- kajian ke atas wanita di Sweden yang mengamalkan makanan yang mengandungi MUFA kebarangkalian menghidapi kanser payudara adalah sangat sedikit.

Mengurangkan paras kolestrol

 


- American Heart Asociation mencandangkan untuk mengambil makanan yang mengandungi MUFA untuk mengurangkan paras kolestrol pada arteri. Dengan melancarkan peredaran darah.

Kurangkan risiko penyakit jantung dan strok

 


- Amalkan pemakanan yang mengandungi MUFA untuk jantung lebih sihat dan mengurangkan risiko mendapat strok.

Turunkan berat badan

 



- pengkaji membuktikan bahawa mengamalkan pemakanan yang mengandungi MUFA membantu dalam penurunan berat badan. Bagi sesiap yang mahukan tubuh badan yang langsing, mulalah amalkan memakan makanan yang mengandungi MUFA ini.

Mengurangkan Kesakitan bagi penghidap rheumatoid arthritis

 


- MUFA mampu mengurangkan rasa sakit yang dialami oleh penghidap rheumatoid arthritis. 

Mengurangkan masalah perut buncit

 



- Kajian yang dibuat oleh American Diet Asociation membuktikan bahawa amalam MUFA dalam diet seharian mampu mengatasi masalah ini berbanding diet makanan yang tinggi kandungan karbohidrat. 





Amalkanlah pemakanan jenis ini untuk tampil lebih sihat.