Buah-buahan citrus | Grapefruit, Lemon, Lime
Grapefruit / Limau Gedang
Saya mula amalkan meminum grapefruit tea with honey ( teh campuran jus limau gedang dan madu sebagai pemanis semula jadi) setelah mengetahui khasiat kepada tubuh kita. Untuk makluman anda semua, limau gedang mempunyai vitamin C yang membantu menjana imunisasi tubuh, yang menjadikan anda cergas. Buahan ini juga berfungsi sebagai anti fungi dan bakteria yang mana boleh digunakan sebagai medium perawatan di rumah ( contoh : rawatan pedicure di rumah ). Ia juga sangat membantu dalam pengurangan paras kolestrol dalam tubuh selain meningkatkan proses metabolisme tubuh. Justeru, menjadikan Si Pengamal kurus dan sihat. Limau gedang ( yang berwarna merah terang ) juga dikatakan mempunyai kadar anti oksidan yang tinggi yang mana membantu mengawal radikal bebas.
Grapefruit | Lemon | Lime
Ketiga-tiga buah ini menpunyai khasiat yang lebih kurang sama. Terpulang kepada anda untuk memilih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.