Isnin, 14 Disember 2015

Petua hilangkan sakit lutut

Seringkali kedengaran penghidap diabetes turut mengalami masalah sakit lutut sekaligus menyukarkan pergerakan.

Entry ini hanya sekadar berkongsi petua amalan penjagaan kesihatan yang mungkin boleh membantu mengatasi masalah sakit lutut.

Bahan yang diperlukan:

1. Sebatang bendi
2. Secawan air

Cara-cara:

1. Sebatang bendi di bahagi dua ( 1 batang bendi boleh buat 2 kali ).
2. 1/2 bendi dipotong kecil.
3. Rendam semalaman dan sedia diminum pada esok hari.

Admin hanya berkongsi petua daripada orang ramai. Tapi, tak salah kan kalau kita mencuba 😀.

Selamat mencuba!

Ahad, 13 Disember 2015

Manfaat buah-buahan Citrus

Buah-buahan citrus | Grapefruit, Lemon, Lime

Grapefruit / Limau Gedang

Saya mula amalkan meminum grapefruit  tea with honey ( teh campuran jus limau gedang dan madu sebagai pemanis semula jadi) setelah mengetahui khasiat kepada tubuh kita. Untuk makluman anda semua, limau gedang mempunyai vitamin C yang membantu menjana imunisasi tubuh, yang menjadikan anda cergas. Buahan ini juga berfungsi sebagai anti fungi dan bakteria yang mana boleh digunakan sebagai medium perawatan di rumah ( contoh : rawatan pedicure di rumah ). Ia juga sangat membantu dalam pengurangan paras kolestrol dalam tubuh selain meningkatkan proses metabolisme tubuh. Justeru, menjadikan Si Pengamal kurus dan sihat. Limau gedang ( yang berwarna merah terang )  juga dikatakan mempunyai kadar anti oksidan yang tinggi yang mana membantu mengawal radikal bebas.

Grapefruit | Lemon | Lime

Ketiga-tiga buah ini menpunyai khasiat yang lebih kurang sama. Terpulang kepada anda untuk memilih.

Petua Hilangkan bulu kaki

Bulu kaki what???

Kurang manis kiranya seseorang wanita itu jika memiliki bulu kaki yang lebat!

Anda wanita yang pentingkan kecantikan dan mempunyai malasah seperti yang dinyatakan di atas? Sila baca dan cuba petua ini! 

1. Tumbuk atau kisar kunyit dan halia
2. Campurkan bahan kisar tadi dengan 1 sudu kapur makan.
3. Kacau rata
4. Lumurkan bahan tadi pada betis.
5. Apabila kering urut secara berputar sehingga bulu tertanggal.
6. Amalkan setiap minggu.

Selamat mencuba!😁